| | Print | |
|
‘Mak Bedah’ gegar PJ Selatan Utusan Online, 25/02/2008 SUASANA pencalonan Pilihan Raya Umum Ke-12 di Parlimen Petaling Jaya Selatan gamat apabila sekumpulan 20 wanita yang menggelarkan diri mereka ‘Inisiatif Calon Wanita’ (ICW) membuat kecoh. Pada mulanya, wartawan memikirkan kumpulan diketuai ‘Mak Bedah’ berpakaian baju kurung dan berselendang hijau itu mengiringi seorang calon wanita bebas untuk bertanding. Ini kerana mereka datang dengan begitu bergaya sekali sambil melaungkan slogan ‘letakkan calon wanita yang betul di sini’ berulang kali. Namun andaian tersebut meleset sama sekali apabila sebaik proses pencalonan selesai dijalankan di Dewan Sivik Petaling Jaya pada pukul 11.30 pagi, mereka terus meninggalkan kawasan. Apa pun kedatangan mereka seawal pukul 8.40 pagi berjaya menceriakan suasana baik di kem Barisan Nasional mahupun kem Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus membuktikan betapa demokratiknya negara ini. |







